8/5/09

LDP

LDP Tahun 2009
SK Kebun Sireh.
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKKS

Hari ini 30 Julai 2009, SK Kebun Sireh telah mengadakan LDP membina laman WEB yang dihadiri oleh guru-guru SKKS bertempat di makmal komputer SKKS. Walau bagaimanapun beberapa orang guru tidak dapat mengikutinya kerana terlibat dengan aktiviti dan mesyuarat juga berkursus.

6/18/09

lATIHAN dALAM pERKHIDMATAN(PENJILIDAN)

Program ini diadakan Di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh Tahun 2008 anjuran PSS SKKS
untuk semua guru dan staff sekolah.Guru Besar sebagai penceramah bagi LDP tersebut.Hadiah
diberikan kepada peserta kursus yang dapat menjawab soalan kuiz yang diberikan sepanjang kursus dijalankan.

Melalui program yang akan dijalankan, diharap dapat mengeratkan hubungan antara pihak pentadbir dan guru-guru serta staf –staf sokongan. Hasil kerja juga dapat dinilai melalui kekemasan penjilidan tersebut.Selain itu , pengetahuan tentang penjilidan buku dan majalah dapat ditambah melalui LDP ini.

OBJEKTIF
i. Mendedahkan pengetahuan tentang penjilidan buku dan majalah.
ii. Mengemaskini buku dan majalah yang lama di Pusat Sumber Sekolah.
iii. Memenuhi hasrat Kementerian supaya guru dan kakitangan sekolah menghadiri LDP yang dianjurkan di Sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.


KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

PERKIDMATAN PSS

· PINJAMAN DAN PULANGAN BUKU/BAHAN MELALUI KOMPUTER
· SUDUT NILAM
· UNIT BACAAN
· UNIT MULTIMEDIA
· UNIT AUDIOVISUAL
· PUSAT AKSES
· UNIT SAL & BBB
· UNIT PAMERAN
· SUDUT UPSR
· SUDUT KARYA AGUNG
· SUDUT BACAAN AWAL KIA2M
· TAMAN HERBA/INFO HERBA
· PONDOK BACAAN
· GALERI ILMU
· SCIENCE CORNER
· UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
· BILIK KESIHATAN
· PINJAMAN PUKAL
· PENGGUNAAN INTERNET

5/5/09

AKTIVITI KECERIAAN PSS




Bagi menarik minat pelajar datang ke PSS dan supaya keadaan fizikal pss lebih selesa dan tenang AJK Kerja bersama Penyelaras serta Pengawas PSS sentiasa menjalankan aktiviti keceriaan dari semasa ke semasa .Pn Chew Mei Lian bersama Penyelaras PSS sedang menyiapkan mural luar perpustakaan SK Kebun Sireh.


SEJARAH PENUBUHAN PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada mulanya sebuah perpustakaan yang terletak di dalam sebuah bilik darjah . Koleksi bahannya pada masa itu terhad kepada media cetak sahaja. Buku-buku keseluruhannya dibeli dengan menggunakan peruntukan perpustakaan yang kecil jumlahnya.

Memandangkan sambutan dan penggunaan para pelajar begitu memberangsangkan, pihak sekolah telah menambah keluasan bilik perpustakaan yang sedia ada.

Sehubungan dengan cita-cita menubuhkan sebuah pusat sumber , maka satu strategi baru telah dirancang. Unit perpustakaan telah distukan perkhidmatannya dengan Unit Alat Bantu Mengajar. Sekarang ketiga-tiga unit ini telah disatukan pula dengan Unit Multimedia. Dengan penyatuan keempat-empat uni tini dibawah satu pentadbiran, maka diharapkan peranan dan kepentingan PSS akan dapat dipertingkatkan.

MESYUARAT PENGAWAS PSS











TARIKH : 28.4.2009








TEMPAT : PERPUSTAKAAN








MASA : 12.00 TGH








5/4/09

OBJEKTIF PSS

1. Kecemerlangan Pendidikan.
Meningkat mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
2. Penggunaan Kemudahan.
Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya
mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sehala.
3. Pemupukan Tabiat Belajar.
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik.
4. Penghasilan Bahan.
Membantu guru dan pelajar menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.