5/5/09

SEJARAH PENUBUHAN PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada mulanya sebuah perpustakaan yang terletak di dalam sebuah bilik darjah . Koleksi bahannya pada masa itu terhad kepada media cetak sahaja. Buku-buku keseluruhannya dibeli dengan menggunakan peruntukan perpustakaan yang kecil jumlahnya.

Memandangkan sambutan dan penggunaan para pelajar begitu memberangsangkan, pihak sekolah telah menambah keluasan bilik perpustakaan yang sedia ada.

Sehubungan dengan cita-cita menubuhkan sebuah pusat sumber , maka satu strategi baru telah dirancang. Unit perpustakaan telah distukan perkhidmatannya dengan Unit Alat Bantu Mengajar. Sekarang ketiga-tiga unit ini telah disatukan pula dengan Unit Multimedia. Dengan penyatuan keempat-empat uni tini dibawah satu pentadbiran, maka diharapkan peranan dan kepentingan PSS akan dapat dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment