5/4/09

DEFINISI PUSAT SUMBER

Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya meliputi teknologi maklumat.

Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu yang gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment