5/4/09

SEBAIT BICARA GURU BESAR


Salam sejahtera,
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh merupakan suatu tempat yang sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Ini amat bersesuaian dengan hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan berketrampilan.

Usaha untuk menerbitkan profil ini merupakan satu tindakan positif PSPN dalam memaksimumkan penggunaan pusat sumber sekolah disamping menimbulkan kesedaran kepada murid-murid dan pendidik tentang peranan Pusat Sumber Sekolah.
Profil ini juga bertujuan membantu pendidik menambah lagi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan mereka dalam pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk menghasilkan profil ini agar dapat dimanfaatkan untuk kepentingan pendidikan dan proses pembelajaran murid-murid . Profil ini bukan sahaja merupaan sumber rujukan segera bagi membantu murid-murid dan para guru dalam penggunaan Pusat Sumber Sekolah bahkan dapat menarik minat mereka menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan lebihmantap dan berkesan.

Sekian, terima kasih.

………………………………………
(PN. NAZIRAH BT YEOP)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, B.M


No comments:

Post a Comment