5/4/09

SEJAMBAK BICARA GURU PENYELARAS PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu atau agensi yang penting di dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber yang diwujudkan di semua sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik.

Pusat Sumber Sekolah yang sistematik dan bernamfaat adalah dengan tenaga dan kerjasama semua guru. Setiap guru berperanan menyumbangkan tenga dan buah fikiran agar kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah terserlah.

Tujuan profil ini dikeluarkan supaya guru-guru dan murid-murid dapat memahami peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan seterusnya dapat menguruskannya dengan cekap. Di sini juga dimuatkan maklumat dan kemahiran tentang cara yang teratur, mudah untuk diikuti dan dipelajari. Pengembelingan banyak idea dan buah fikiran disatukan dalam perancangan ini, yang mengandungi pelbagai maklumat yang relevan dengan keperluan penggunaannya.

Diharap PSS merupakan gedung yang sentiasa dikunjungi oleh mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Sekian, terima kasih.


……………………………….
(FAZIDAH BT SAARI)
Guru Perpusatakaan dan Media (GPM)

3 comments:

  1. salam .....tahniah atas pembinaan blog Pusat Sumber SKKS. Semoga banyak lagi maklumat dapat dimuatkan di dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. Salam sekali lagi
    Sebenarnya komen ni dari AJK Pusat Sumber....
    nak ucapkan tahniah kepada penyelaras Pusat Sumber SKKS.... Pn Fazidah Saari kerana berjaya wujudkan laman ni. dan tak lupa kepada Penyelaras multimedia En Sabri dan En Shahrizal kerana membantu pembinaan laman ini. Tahniah...tahniah.tahniah...

    ReplyDelete
  3. wow... menarik sangat..
    dari ana salwani

    ReplyDelete